Wednesday, June 19, 2013

Solat itu tiang agama!

"Dan perintahkanlah keluargamu melaksanakan solat dan sabar dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki darimu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. dan akibat (yang baik di akhirat) adalah bagi orang yang bertakwa" - Surah Taha:132
Seperti ayat yang dikongsikan di atas, ain nak cite pasal solat pula. As a muslim, solat itu ada lah tiang agama. andai kita tak laksanakannya, samalah seperti kita meruntuhkan agama kita sendiri. Kadang-kadang, kita angkuh dan lupa pada sang Pencipta yang agung. Terbit perasaan sedih andai apa yang kita hajatkan tak menjadi. Sering kali mengeluh kerana gagal. Namun, kita lupa nak muhasabah diri kita. lupa nak refresh balik niat kita.

Credit

 Wahai sahabat yang ain kasihi, tanya diri kita kembali apa sebab utama kita gagal mendapatkan sesuatu. Rujuk kembali solat kita. Adakah betul niat asal kita??? Sedang ALLAH itu telah menjanjikan bahagia dan berjaya bagi orang-orang yang melaksanakan solat serta khusyuk mengerjakannya.


Ain sedar, kadang-kadang pujukan hawa nafsu itu sangat lah susah nak elak. TAPI, adakah kita mahu syaitan itu menang??? terbahak-bahak kala kita menurut telunjuknya??? TIDAK SAMA SEKALI! kita harus fight. Kerana percayalah bahawa solat itu banyak manfaatnya. Sedang amalan yang pertama sekali di hisab adalah SOLAT.

Oleh itu, janganlah biarkan segala urusan duniawi menganggu-gugat nilai solat kita. Yakinlah janji ALLAH itu pasti dan tepat pada masanya. Laksanakanlah solat dengan khusyuk agar kita menjadi insan yang bahagia di dunia dan akhirat! Uhibbuki Fillah!
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah harta bendamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat ALLAH. Dan barang siapa berbuat demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi". - Surah Al-Munafiqun : 9

Credit


Tuesday, June 18, 2013

Tautan Hati





Bilamana bosan menjenguk diriku. Aku tercari-cari bahan ilmiah (actually gatal nak baca novel... hehe~) so, ain pinjam buku ni dari umi. SubhanALLAH! tiada kata mampu ain luah... buku ini sangat-sangat membuka minda ain yang lemah ini... Hati ain lebih terarah... Dan buku ini juga sangat best! hehe...

credit


Bertemu cinta dalam halaqah,
Hidup lebih indah terarah,
Menyulam tautan hati kerana ALLAH,
Terpatri ikatan akidah
 Jemput baca! ^_^

Monday, June 10, 2013

sebelum terlambat



"aku ni tak nak buat sesuatu yang bukan dari hati aku. Bukan aku tak nak pakai tudung, tapi hati aku belum terbuka lagi nak pakai tudung."

"Hidayah tak sampai lagi. Insya-ALLAH kalau hati saya dah terbuka, saya pakai tudung."

"saya tak pakai tudung bukan maksudnya saya ini jahat. Saya laksanakan jhuga solat dan puasa."

Ini adalah contoh dialog yang sering kita dengar, bukan? Duhai saudariku yang kukasiih kerana ALLAH, percayalah aurat itu wajhib ditutup! Sedangkan sejak kita berada dalam kandung ibu kita, kita sudah berjanji akan melaksanakan perintah ALLAH.

"Bagaiman kamu boleh ingkar kepada ALLAH padahal kamu (tadinya) mati, lalu Dia menghidupkan kamu, kemudian dia mematikan kamu lalu Dia menghidupkan kamu kambali. Kemudian kepadaNya la kamu dikembalikan" -2:28


Ya! semestinya melaksanakan solat dan puasa itu kawajipan. Namun, menutup aurat juga kewajipan bagi muslimah. Saudariku, memang kalian lebih baik, malah lebih baik dari diri ini. Namun, diri ini terlalu mengasihhi dirimu. Sungguh yang tertutup itu lebih indah dari yang terdedah. Adapun hukum ALLAH itu adalah demi kebaikan hamba-NYA. Jika kita hanya mengharapkan bahawa hidayah ALLAH akan sampai kepada kita tanpa berusaha, belum tentu ia akan sampai. Diri ini terlalu khuatir andai hidayah tersebut tidak sampai sehingga maut menjemput.

"sesungguhnya ALLAH tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sebelum mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri"  -Ar-Rad : 11




Sekadar luahan seterusnya peringatan buat diri ini yang sering alpa dan lalai. ^_^

Friday, June 7, 2013

Air yang dicincang takkan putus


Sering kali kita mendengar pergaduhan antara adik-beradik. Namun, sering kali kita lupa bahawa air yang dicincang takkan putus. Ain sendiri mengaku bahawa ain ini bukan lah seorang kakak yang terbaik. Namun, masih juga cuba menjadi yang terbaik. kadangkala kita bertekak atas sebab yang remeh-temeh saja. Adakah pantas hal remeh-temeh itu menyebabkan kita mogok bertegur seharian??? TIDAK! mari kita berfikir sejenak, siapa yang sentiasa ada bersama kita kala susah dan senang??? siapa yang sentiasa ada melindungi kita??? siapa yang akan bantu kita sekiranya ajal menyahut???

sungguh ain tak dapat bayangkan andai tiada adik-beradik ain. kadang kala, ain terkilan juga kenapa ada sesetengah orang lebih mempercayai orang yang bukan saudara sendiri. ALLAH telah berfirman:

"Maka apakah ada kemungkinan jika kamu berkuasa, kamu akan membuat kerosakan di bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan? Mereka itulah orang yang dilaknati Allah dan ditulikan mereka dan dibutakan penglihatan mereka."
(Surah Muhammad, ayat 22-23)
jangan biarkan syaitan laknatullah menguasai diri kita saat kita marah pada saudara kita. ingatlah bahawa mereka menyayangimu. kerana itu la mereka mengusikmu.:)

sekadar perkongsian seterusnya mengingati diri yang sangat-sangat lemah tanpa ALLAH disisi.

Bersyukurlah!

Duhai sahabat sejatiku,

ALLAH telah berfirman bahawa:
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" -2:216
jangan membiarkan dirimu mudah dikuasa Syaitan laknatullah! Sungguh ALLAH itu mengetahui apa yang terbaik buat hamba-NYA. Janganlah terlalu kecewa atas apa yang berlaku kerana kau insan yang beruntung.

Sahabatku sayang,

cubalah dirimu melihat sekeliling. adakah dirimu yang paling corot??? adakah kau merasakan dirimu yang paling sedih??? bagaimana dengan insan yang lain??? adakah mereka terbaik???

Sahabatku yang solehah,

percayalah bahawa ALLAH tahu apa yang terbaik untuk kita. Terimalah segala yang telah direncanakan oleh-NYA dengan berlapang dada. Mungkin usaha kita tidak cukup baik untuk mendapatkan yang lebih baik. 

Last but not least, sahabat-sahabatku, percayalah ALLAH lebih mengetahui yang terbaik buat hamba-NYA. syukuri la atas apa yang diberikan oleh-NYA. Wallahualam

Wassalam
****

Iman terpaku melihat skrin komputer ribanya. Hatinya beristighfar membaca entry yang keluarkan oleh Qaseh melalui blognya. Sungguh dia merasa sangat berdosa atas apa yang dilakukannya. Iman teringat perbualannya bersama Qaseh, sahabat baiknya itu.

****
"huh" terbit keluhan dibibirnya.
beberapa minit kemudian, tiba-tiba kedengaran suara Qaseh memanggilnya

"iman, amacam result??? mesti cun kan??? " tanya Qaseh kepada Iman.

"Hm... cukup makan saja..." jawap iman ringkas.

"Iman dapat 3.33 saja." tambahnya iman.

"Iman kecewa Qaseh. Iman tak sangka boleh dapat result macam ini." luah Iman kepada Qaseh.

Qaseh hanya tersenyum melihat gelagat Iman. Segara dia mempelawa Iman makan tengah hari.

****