Friday, June 7, 2013

Air yang dicincang takkan putus


Sering kali kita mendengar pergaduhan antara adik-beradik. Namun, sering kali kita lupa bahawa air yang dicincang takkan putus. Ain sendiri mengaku bahawa ain ini bukan lah seorang kakak yang terbaik. Namun, masih juga cuba menjadi yang terbaik. kadangkala kita bertekak atas sebab yang remeh-temeh saja. Adakah pantas hal remeh-temeh itu menyebabkan kita mogok bertegur seharian??? TIDAK! mari kita berfikir sejenak, siapa yang sentiasa ada bersama kita kala susah dan senang??? siapa yang sentiasa ada melindungi kita??? siapa yang akan bantu kita sekiranya ajal menyahut???

sungguh ain tak dapat bayangkan andai tiada adik-beradik ain. kadang kala, ain terkilan juga kenapa ada sesetengah orang lebih mempercayai orang yang bukan saudara sendiri. ALLAH telah berfirman:

"Maka apakah ada kemungkinan jika kamu berkuasa, kamu akan membuat kerosakan di bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan? Mereka itulah orang yang dilaknati Allah dan ditulikan mereka dan dibutakan penglihatan mereka."
(Surah Muhammad, ayat 22-23)
jangan biarkan syaitan laknatullah menguasai diri kita saat kita marah pada saudara kita. ingatlah bahawa mereka menyayangimu. kerana itu la mereka mengusikmu.:)

sekadar perkongsian seterusnya mengingati diri yang sangat-sangat lemah tanpa ALLAH disisi.

No comments:

Post a Comment